Halaman


Pengikut

Rabu, 24 Ogos 2011

KEK PISANG



Bahan-bahan

  • 2 biji pisang
  • 140g butter
  • 120g gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar fresh cream
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
  2. Asingkan putih dan kuning telur
  3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
  4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
  5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
  6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit

KEK BUTTER SEDAP


Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh sodium bicarbonate
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula biasa kastor pun boleh
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan susu segar
  • Telur 2biji

Cara-cara

  1. Ayak gandum,serbuk penaik,sodium bicarp sebanyak 3x
  2. Panaskan oven 170C,sediakan tin pembakar,pukul gula dan butter hingga kembang masukan telur satu demi satu dan pukul hingga kembang
  3. Masukan esen vanilla,masukan gandum selang seli dengan susu segar.masukan dalam tin pembakar masak selama 40 minit.

Ahad, 21 Ogos 2011

KEK CHIFFON PANDAN




Bahan-bahan

  • Bahan A:
  • 6 biji kuning telur
  • 2/3 cawan minyak Mazola
  • 2/3 cawan santan dari ½ biji kelapa
  • ½ sudu teh garam
  • 1 cawan gula pasir
  • pewarna hijau (pandan)-banyak mane ikut suke
  • 2 cawan tepung diayak bersama 2 sudu teh baking powder
  • Bahan B:
  • 6 biji putih telur
  • 2/3 cawan gula pasir
  • 1 penutup cream of tar tar

Cara-cara

  1. Bahan (A): 1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)2.Masukkan pewarna hijau, minyak & santan. Kacau. 3.Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder). 4.Ketepikan
  2. Bahan (B): 1.Pukul putih telur sehingga menjadi buih sabun. 2.Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang. 3.Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  3. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A dan bakar.

TIRAMISU SIMPLE





Bahan-bahan

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. 1tiramisu_satukan_bahan
    Satukan gula, cheese dan cream
  3. 2tiramisu_pukul_sampai_kembang
    Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. 3tiramisu_potong3bahagian
    Potong kek pada 3 bahagian
  5. 4tiramisu_susun_dlm_bekas
    Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. 5tiramisu_curah_air
    Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. 6tiramisu_sapu_adunan_atas_kek
    Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. 7tiramisu_ulang_sampai_habis
    Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. 8tiramisu_simpan_dlm_fridge
    Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. 8tiramisu_decorated
    Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya

KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

KEK KOKO FUDGE


Bahan-bahan

  • 180gm Top Flour
  • 80gm Koko
  • 1 1/2 sdt bicarbonate of soda
  • 340gm gula
  • 1 cawan susu segar
  • 100gm butter - cair dan sejukkan
  • 2 sdm yogurt - boleh gunakan perasa manga
  • 2 biji telur
  • 1 sdt vanilla essence

Cara-cara

  1. Top flour, koko dan bicarbonate of soda diayak dan ketepikan.
  2. Loyang ring yang bulat (26cm) disapukan dengan sedikit butter dan alas dengan grease proof paper.
  3. Susu dan yogurt dipukul sebentar.
  4. Masukkan kesemua bahan dan pukul dengan low speed selama 1 minit kemudian tukar ke high speed dan pukul selama 3 minit (jangan pukul terlalu lama).
  5. Tuang kedalam loyang dan bakar selama 35 - 40 minit atau hingga keknya masak







KEK MABLE COKLAT

Bahan-bahan

  • 6 biji telor
  • 300 gm self raising flour--ayak
  • 1 steh baking powder--ayak
  • 250 gm gula
  • 300 gm buter
  • 1l2 steh esen vanila
  • 1 sudu makan ovelette
  • 150 gm choklat rice --digaul dgn sadikit tepong agar bila masak choklat-nya tak mendak

Cara-cara

  1. gula,buter ,ovelette pukul sahinga rata dan agak2 puteh baru masokan telor satu2 hinga habis.
  2. Masukkan esen vanila pukul sabentar saja dan masukkan tepong perlahan dgn cara mengaup .
  3. Akhir sekali masokan choklat rice dan dikaup sekali lagi --bolehlah dibakar dlam acuan 10x7 salama 1jam --oven 160c

Isnin, 8 Ogos 2011

CHOCOLATE SOUR CREAM CAKE


Bahan-bahan


  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • secubit garam
  • 1/2 cawan sour cream
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 80g coklat chips
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • [ sirap coklat ]
  • 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 2 sudu besar fresh milk
  • 30g coklat
  • 1/4 cawan gula perang

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula sehingga berkrim
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak dengan bahan-bahan kering. Kacau sebati.
  4. Masukkan sour cream dan esen vanilla
  5. Kemudian masukkan coklat chips. Kacau sebati.
  6. Sediakan sirap coklat. Masukkan semua bahan-bahan untuk sirap. Cairkan dengan kaedah double bowl.
  7. Masukkan 1/2 adunan ke dalam loyang.
  8. Masukkan 1/2 sirap coklat.
  9. Ulang kaedah 7 dan 8
  10. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 55-60 minit.





SPONGE CAKE(CHOCOLATE)

Bahan-bahan

  • 250 gm sponge mix ( chocolate )
  • 4 biji telur
  • 75 ml air
  • 75 ml minyak jagung / butter ( melt )
  • 1 sudu kecil ovalete

Cara-cara

  1. pukul telor hingga kembang..
  2. masukkan ovalete dan air..putar lagi..2 min..
  3. masukkan sponge mix sikit-sikit..
  4. last sekali minyak jagung..diputar selama 2 min..
  5. gunakan loyang bulat ukuran 9" x 9" bakar pada suhu 180' c selama 35 min
  6. untuk topping...
  7. gunakan fresh cream dan blueberry /strawberry filling




inilah hasilnya...senang kan..anda blh sapu cream atasnya....blh dimakan begitu sahaja tanpa cream di atas kek ....selamat mencuba...

Ahad, 7 Ogos 2011

KEK COKLAT KUKUS




Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat

  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

KEK COKLAT CHIFA




Asslamualaikum....

semua pasti suka kek coklat kukus kan...disini saya ingin berkogsi resepi kepada kawan-kawan resepi kek coklat dan beberapa jenis kek coklat hasil buatan sendiri oleh saya.pasti anda berpuas hati....




yummy..yummy.....pasti anda terliur kan.....banyak lagi beberapa jenis kek yang saya hasilkan...
antaranya......





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
div style="text-align: center;">

LIKE MY FACEBOOK